Sunday, January 30, 2011

Nokia N8 review


Hai hai

Hari ni nak review pasal nokia n8 sikit. Ingat lagi tak pasal entri Nokia N8 aku bulan 11 dulu? Kalau tak ingat boleh baca sini ya.

Kali pertama melihat nokia n8 ni, hati terus terpaut padanya. Mana tidaknya, banyak aplikasi menarik yang ada.






Saiz agak besar dan berat sedikit. Touch display bersaiz 3.5" tu memang best. Lagi-lagi bila main game Need for Speed atau pun Angry Bird.

Apa yang menarik sangat dengan nokia n8 ni?

1- Smartphone pertama yang guna Symbian 3
2- 12 mp Carl Zeiss kamera 
3- Kamera guna Xenon flash
4- HD video
5- Dolby 5.1 sound

Lima dulu setakat ni. No further explaination. I got to go. Bye =)

Saturday, January 15, 2011

Takutnya nak interview


Takut ke nak interview? Frankly speaking, rasa macam biasa saja. Tapi bila dengar orang sana cakap macam ni, orang situ cakap macam tu pulak, tetiba jantung dup dap dup dap semacam saja.

Oh ya, lupa nak bagi tahu. Selasa ni ada interview kat putrajaya. Wowww! Kena study banyak ni. 


Interview SPP ni penting untuk sahkan jawatan tetap tuh. Hope lulus lah. Fuh Fuh! haha


Minggu ni memang tak sempat nak update blog ni.

Sibuk dengan kelas. Kelas makin banyak sebab students bertambah. Balik rumah je terus pengsan atas katil! hahaa

maybe it's time for me untuk habiskan semua vitamins, herba-herba, semua jenis ubat pembekal tenaga tuh! oh ya, lama sudah tak makan Pati Ayam Brands. Patot lah otak macam lembab je selalu..hahaaa

Minum lah ayam Brand untuk kekal cergas dan cerdik! hahahahaa

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa saya sayang awak


Kenapa saya sayang awak?

Saya sayang awak sebab awak penyayang
Saya sayang awak sebab awak pandai berjenaka
Saya sayang awak sebab awak pandai ambil hati saya
Saya sayang awak sebab awak ambil berat tentang saya
Saya sayang awak sebab awak sanggup buat apa saja untuk saya


Tapi, betul ke saya sayang awak? Dan adakah awak pun sayang saya?


Monday, January 10, 2011

Yeah paper aku dah diterima untuk publication!


Yesssss!!

Sampai office, bukak laptop. Check segala jenis email yang penting. Then bukak hotmail. Gembiranya hati bila ada email dari Safety Science. Dan inilah isi kandungan email tuh.


Hahaa setahun aku tunggu berita nih. Actually lebih setahun. Lebih enam bulan untuk review process oleh editor Safety Science, rasanya 8 bulan macam tuh kot. Lepas tuh 3 bulan lebih untuk kami alter balik apa yang patut as requested by the reviewer, then resubmit. Then wait for being accepted about 1 month. 

Sangat happy sebab penantian yang sangat lama tak sia-sia.

Sedang usaha untuk resubmit another paper. Yang ni lagi lah, dah masuk tahun ke-4 aku buat, tak siap-siap lagi. Aiseh, apa lah aku nih. Buat kerja lembab betul.

Tahun baru, azam baru. Nak siapkan apa yang belum siap. Dan yang penting, akan usaha untuk sambung belajar lagi tahun ni jugak.

sekian =)

Betul ke ramai tak puas hati Ana Rafali JUARA AJL ke 25


Hohoo macam tak percaya pulak lagu Tolong Ingatkan Aku boleh jadi juara!


Betul ke ramai yang tak puas hati dia jadi juara??
Malah, masa pengumuman dibuat, penonton diam saja..suasana senyap saja..mungkin macam tak percaya kan..

Erm, walau apa pun, Tahniah Ana Rafali kerana berjaya menyanyikan lagu tu dengan baik sekali. Tapi, perlu ke menyanyi dalam sangkar putih tuh? Itulah namanya seni kan..aku yang tak berseni ni tak akan faham punya lah. Well, TAHNIAH diucapkan kerana berjaya menjadi juara!

Kenapa suara Tomok macam tenggelam je malam tadi?

Black pun sama. Ok la Black, dapat 15k tuh syukur alhamdulillah =) Tapi kena share dengan MUH la kan!

Walau apa-apa pun, suka sangat dengan persembahan Faizal Tahir! Siap basah-basah lagi tuh! Cayalah bro!

Siapa pun yang menang aku tak kisah sangat pun. Bukannya aku yang dapat duit hadiah tuh..hahaaa

Lagu cindai nyanyian Siti pun best je layan kan?..=)

Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku-Ana Rafali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




Sunday, January 9, 2011

Memey diam tanda betul atau setuju?


Diam tanda betul atau setuju, itu ikut kata orang-orang lama la. Ni kes memey la ni. Baca berita selanjutnya kat bawah ye. Sumber adalah harian metro.

KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai isu pelakon popular, Abby Abadi ‘mengkantoikan’ Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terutama apabila pelakon muda itu mengambil sikap berdiam diri daripada menjawab tuduhan terhadapnya.

Atas alasan ‘berdiam diri lebih baik’, Memey cuba mengelak usaha wartawan Metro Ahad mendapatkan kenyataannya mengenai kontroversi terbaru melandanya.

Dalam SMS kepada wartawan, Memey berkata, dia tidak mahu lagi melayan isu yang cuba ditimbulkan dan banyak belajar berdepan situasi yang tidak akan ada kesudahan.
   

 "nak jawab isu ni kena tanya abang norm dulu ni"


Berikut adalah SMS Memey: “Sebelum-sebelum ini pun ada benda sama... akan ada saja cerita yang memburukkan saya bila saya menjawab walaupun hanya untuk mempertahankan diri.


"hal perempuan..janji aku dapat memey yang cun!"


“Pihaknya pasti akan counter back (balas)... that’s why saya cakap berdepan dengannya dan perkara sebegini saya memilih ‘silence’, saya tidak mahu benda ini berpanjangan... saya penat. Banyak perkara penting perlu diutama daripada melayan benda-benda yang tidak berfaedah.” Dipetik dalam berita on-line sebelum ini, Memey menyatakan tidak salah dia menjawab panggilan bagi pihak tunangnya dan bukan kesalahan besar hingga boleh menyebabkan bekas isteri tunangnya marah.

“Selepas sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara itu di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia.

“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pun, tapi tolong jangan timbulkan sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya.

“Perkara ini juga membabitkan maruah saya. Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan supaya dia fikirkan dulu sesuatu perkara secara rasional.” Sebelum ini Abby menerusi laman sosial facebook, Abby Abadi Lurvly Fanpage menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila Memey didakwa menjawab panggilan telefon yang dibuatnya kepada Norman bertujuan menjemput anak mereka ke sekolah.

Abby menyatakan rasa tidak puas hatinya melalui status facebook pada 3 Januari lalu: “Ya Allah pagi2 lg (pagi) dah menyirap... Siap ank (anak) nk (nak) ke sekolah, tggu (tunggu) papanya lambat sgt (sangat), sy (saya) call... suara p angkat, “kejap2 Abg tgh (tengah) siap”... Sy (saya) cam suara tu... Ank (anak) pun kata “eh apasal dia angkat”... Sy (saya) tanya “p gatal, x (tak) malu ke angkat2 cal aku ni? Bangga sgt (sangat) nk (nak) tunjuk dok (duduk) serumah?” dia jawab “bialahh (biarlah)... Sibuk jer” pastu (selepas itu) dia letak... bule camtu (boleh macam itu)? Bukan baru... Lama dah sy (saya) tau (tahu) pasal ni... Mmmmm, cari pasal sungguh... Geliii! Isu berkenaan adalah yang terbaru melanda mereka sejak keruntuhan rumah tangga Abby dan Norman yang didakwa gara-gara hubungan cinta pelakon lelaki terbabit dengan Memey.

"saja je nak kantoikan you all, i tak kisah pun memey dapat abang norm, i dah ada zul!"


Kemuncaknya bila Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, 35, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat pelakon lelaki terbabit di Taman Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.

Memey dan Norman bertunang pada September tahun lalu di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Hai, apa nak jadi la dengan dunia sekarang!.

sekian.

Saturday, January 8, 2011

Anugerah Juara Lagu (AJL25), 9 januari jam 9 malam TV3


Yeah esok malam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu kali ke-25. Bakal bersiaran pada jam 9 malam di TV3. Wow, tak sabar rasanya nak tengok artis-artis buat persembahan. Tak sabar nak tahu keputusannya juga. Siapa lah yang akan menang ya?

Sebanyak 14 buah lagu akan berentap pada esok malam.

Sempurna -yuna
Selamat Malam -Faizal Tahir
Ku Ada Kamu-Adira
Extravaganza-Bunkface
Kebahagiaan Dalam Perpisahan-Shahir
Drama King-Meet Uncle Hussain & Black
Noktah Cinta-Hafiz
Tolong Ingatkan Aku -Ana Raffali
Sofea Jane-Black
Hanyut-Faizal Tahir
Jahat-Stacy
Mencari Konklusi-Hujan
Berlari-Tomok
Pelita-A.P.I




Lagu manakah yang akan terpilih untuk menjadi juara pada kali ini?

Adakah lagu Berlari nyanyian Tomok?


Uh, Tomok nampak sangat hensem dalam gambar di atas!


Adakah Ekstravaganza nyanyian Bunkface?


Suka lagu ni..hehe


Adakah Cinta Sempurna nyanyian Yuna?


Yuna, you look so sweet! =)



Jom sama-sama tengok rancangan ni esok malam, pukul 9, di tv3 ok.


sumber gambar: sini

Friday, January 7, 2011

Promosi hebat Air Asia | Jom Terbang dengan penerbangan Air Asia



Jom lah kita terbang dengan penerbangan Air Asia. Murah lagi jimat. Lebih-lebih lagi sekarang ni ada promosi. Tempah dari 4 hingga 15 januari 2011 untuk penerbangan dari 1 Feb hingga 31 mac 2011.




Murah sangat. Banyak destinasi pulak tuh.



Promosi hebat ni adalah sempena perayaan tahun baru cina dan hari valentine.



Malahan harga tiket untuk ke destinasi domestik juga murah saja. 




Memang berbaloi. Jadi aku memilih Air Asia untuk ke KL pada 17/1 ni.

Nak ke Gold Coast tapi tak ada teman. Ada orang nak teman tak? hahaa


Thursday, January 6, 2011

Final Year Project aku tahun 2009 masuk majalah Kosmik Edisi November 2010


Yehaaaa. Tak terkata bila tahu projek akhir tahun kami masuk majalah kosmik. Memang lah edisi november, dah lama kan. Tapi suka hati lah baru nak cerita. Lupa nak cerita awal-awal haritu. hehee



User interface kami biasa saja. Tak ada yang hebat mana. Guna Matlab 2008b, tak banyak yang boleh dibuat untuk mencantikan GUI tuh. Jadi itu lah saja yang termampu. Yang belah kanan yang kami buat untuk final project. Yang belah kiri aku buat untuk research paper aku. Tapi belum di publish lagi sebab ada masalah pasal ukuran pelan kat mekah tuh. hum, nasib lah kan. Paper yang satu lagi khas pasal system kami tuh tengah dalam review process. Hope dapat di publish kan dengan cepat..
Ingat lagi masa group kami berjaya masuk top 10 ke top apa entah lupa pulak. Tapi kena present la kan..kami je satu-satunya group melayu masa tuh.

Tak sangka dan rezeki kami,, kami berjaya menggondol tempat ke-3 dan anugerah best application system. Dapatlah duit RM2K. ok lah kan, boleh belanja sebelum dapat kerja..hahaa

Ingat lagi masa buat project ni. Kami tiga orang memang kemalasan nak pergi buat coding ni semua kat lab. Kami skip lab berapa hari entah. Tak pasal-pasal kami kena pujuk sv kami. Dia merajuk dan marah la sebab kami macam mengabaikan system kami tuh. hahaa kelakar la dia tuh.

best la pulak ingat masa-masa dulu..=)



Tasik indah dan kalah catur


Petang dihabiskan dengan membaca majalah Just The Facts di tepi tasik usm yang indah itu.

Nasib masa tuh biawak kurang. Mana entah mereka-mereka tuh. Tapi tak kisah pun. Yang penting hati ini happy melihat kehijauan rumput-rumput kat sana. hahaa

rumput dalam gambar tak cukup hijau, harap maaf =)


Malam pulak perah otak lawan catur. Tapi kalah. Beginner kan..hahaa
Catur beli kat popular yang kecik cenonet je. Yang set besar ada kat rumah buat hiasan.

dah hampir kalah..tak apa, next time mesti menang. yeah!!



lawan catur sambil pekena kentang goreng dengan mayonis yang sangat sedap! sumpah sedap! hahaaa


Malam yang santai.

Good night =)

Wednesday, January 5, 2011

Transformasi Baru Casablander untuk 2011


Hai hai hai selamat pagi semua!

Sempena tahun baru 2011 ni aku telah berjaya menukarkan casablander.blogspot ke casablander.com! Baru register domain name ni petang kemarin. heheee


Kenapa gatal nak tukar ni? Sesaja je ke? eh mesti lah ada reason yang baikkkk punya! hahaa

Ingat nak beli web hosting jugak, tapi buat masa ni, guna blogspot je sebagai host dia. Takut nanti tak terurus macam mana pulak?

Layout masih sama sebab masih tidak ada banyak masa untuk transforms kesemuanya. Harap kamu faham ye =)
Jadi sekarang ni cuba-cuba lah ingat casablander.com tu ye! aiseh, meluat tak? hahaa 

ok lah sekian dulu ye.

Tuesday, January 4, 2011

Jangan layan lelaki macam budak kecil

Salam semua..

Just nak share some of the valueable info yang ada dalam novel tu.

Lelaki sangat benci bila awek dia layan dia macam budak-budak. Maksudnya, lelaki tak suka diarah atau disuruh untuk buat sesuatu dengan cara awek dia nak. Sebab, lelaki tak suka bila kebolehan dia dipersoalkan oleh wanita. Dia nak wanita yang dia cintai itu tahu yang lelaki ini tahu segalanya dan segala masalah boleh diselesaikan sendirian.


Bila awek dia banyak membebel, lelaki akan anggap awek dia tu macam emak dia. Dan keadaan makin parah bila lelaki tu mula rasa jemu dengan awek dia. So he will find another love yang boleh belai perasaan dia tu..complicated juga lelaki ni kan?


Eh kenapa tetiba suk bercerita pasal lelaki ni? hahaaa =)

Sekian dulu. Babai

Monday, January 3, 2011

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan


Kenapa la lelaki susah nak faham perempuan ya?

Kadang-kadang pelik juga kenapa macam lelaki ni macam tak ada perasaan.

Tapi segala persoalan tu terjawab bila aku baca buku ni. hahaa


yang belah kanan tau..bukan kiri.

ok. sekian. aku nak ke kelas.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011




Hope this year brings more prosperity to me! =)



Celebrate tak? Erm, 12am dalam kereta, baru lepas makan nak tengok-tengok apa yang ada kat Qbay. Tapi terpaksa bersesak dekat 1 jam. Penuh ooo..buat apa la dorang ni, penuh tepi-tepi jalan tuh..i lalu je..hehee


1.1.11

Beli barang keperluan dapur dan rumah di Giant. Then baru gerak ke Qbay pukul 4 petang. Lepas tuh pusing-pusing jalan-jalan dan makan-makan. Lepas tu lepak baca buku kat Borders kegemaran i. 

Tak ada buku yang melekat di hati, just baca letak baca letak. Lagipun, lastweek baru beli buku 6 biji tuh. Last 3 weeks dah beli novel 3 buah. Tak habis baca pun lagi..

Kalau dah beli malas pulak nak baca ye. Kalau yang ada kat Borders tuh boleh pulak i baca sampai habis! owh, perangai buruk betul la..baca buku sampai pukul 9.25pm. Then tengok Gulliver's Travels untuk ke-2 kalinya. Best owh! hehee


3D dah tengok last week



Jack Black memang lawak la!


Then sebelum balik sempat lagi posing ambil gambar di sekitar Qbay tuh.

Pakai selekeh, muka mengantok, elok la tuh nak tayang kat sini ye!


2011 sudah..azam baru nak tambah koleksi gundam! 


Yang latest dibeli.


Semalam dah penat jalan-jalan. Hari ni nak layan lagu dan beberapa movies kat rumah saja la. Lagi pun i rasa penat esok nak kerja. 

Well, i really miss my year 2010 =)

Pelakon Faizal Yusuf Meninggal Dunia

Al-Fatihah.

Pelakon Faizal Yusuf, 33 meninggal semalam 1.1.2011 di hospital Puswari akibat serangan jantung. Salah satu saluran jantung dia tersumbat. Menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri tersayang, yang kini sarat mengandung anak pertama mereka.

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini 2.1.2011 pada pukul 10 pagi.

Arwah dengan bekas isteri, Nana, dan anak

Suka sangat tengok muka nakal dia tuh. Masa dia berlakon dalam cerita Adamaya, memang kelakar la cara dia nak pujuk si Maya tu ye..

Dah hilang satu bakat besar dalam bidang lakonan..semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dan semoga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.