Saya tak pasti tajuk di atas kena atau tak dengan situasi saya sekarang. Saya tersepit antara kehendak dan kerjaya. Bila saya difahamkan saya akan ditukarkan ke bahagian pengurusan, fikiran saya bercelaru. Dua tahun sudah saya membina kecintaan saya pada kerjaya mendidik anak orang, sekarang saya terpaksa tinggalkan semua itu. Susah payah saya buat pilihan besar ke sarawak, akhirnya saya begini. Kalau ikutkan hati, saya memang nak quit. Saya nak continue study secara full time, tapi hasrat saya terpaksa saya tangguh sebab kontrak saya dengan pemberi biasiswa masih berbaki dua tahun lagi. Saya geram, saya marah. Dan semangat saya sudah luntur. Keadaan tak akan sama seperti dulu lagi. Semua ni kerana ilmu dan pangkat. Yang berpangkat tinggi boleh buat apa sahaja dan yang berilmu pun sama. Apa saya patut buat ye? Selama ni saya selalu tanya pendapat orang apa perlu dibuat. Dan saya akan ikut. Tapi kali ni, saya yang tentukan segalanya. Keputusan semua ditangan saya. Masa akan tentukan segalanya.
2 kisses:
Mohon petunjuka daripada Tuhan, moga-moga Dia membantu kamu. Apa-apapun harus fikir mana yang lebih menyenangkan kamu. Hati harus ada untuk lakukan apa sahaja hal. :)
Thanks hana. Saya akan cuba buat keputusan yanv terbaik. Huhu
Post a Comment