Sunday, April 8, 2012

Ruang Tamu Idaman

Kepada sesiapa yang baru beli rumah tu, mesti tengah pening kan nak menghias ruang tamu. Hiasan dan susun atur perabot di ruang tamu sangat penting ok. Yelah, pada pendapat saya la ni kan, bila kita balik dari pejabat, buka saja pintu, terus nampak ruang tamu kan. Jadi kalau ruang tamu tu cantik, menarik, kemas, mesti best je kan..tak ada lah nak pening kepala.


Bagi saya, warna putih adalah yang terbaik.Tapi janganlah semuanya putih. Nanti nampak macam pelik saja kan. Putih menampakkan ruang kecil seolah-olah luas, nampak tenang dan bersih saja.



Bila perabot warna putih, senang nak deco dinding ok. Cat apa-apa warna pun nampak elok saja. Kalau rasa nak segarkan mata selalu, cat lah dinding tu dengan warna hijau. Cun apa. :P


Yang ni memang favourite saya lah. Combination warna putih dan hitam. Lepas tu ada rak tinggi ke siling dan boleh letak buku atau barang hiasan. Fuh, best best.


Yang ni sweet je nampak..saya pun suka gaya ni..tak lain dan tak bukan adalah kerana ada rak buku tu ye..hikhik~ side lamp tu pun cantik..sesuai dengan keadaan sofa yang nampak besar gedabak tuh..


Design ni sesuai untuk ruang tamu bersaiz kecil..perabot jenis simple saja..senang nak cari..saya suka juga yang ni sebab ada elemen putih..haha~ tak habis-habis dengan putih tu..

Walau macam mana design pun yang korang nak, pastikan budget nya jangan melampau-lampau..nanti rugi..sebab..dah 5, 6 tahun mesti nak tukar lagi kan? sebab dah boring asyik tengok benda sama jer..haha

Jadi berbelanjalah dengan berhemah..tak semestinya perabot mahal jer cantik..tak kan lah nak deco living room pun nak berhabis sampai 10K, ye dak? tepuk dada tanya selera..high taste ke, low taste..hikhik~

<",>

3 kisses:

ciksengeh :D said...

cantik2 nye deco die ..

ciksukaberangan said...

warna hijau tu cun!

Onitsuka_hana said...

hijau cun.. xsabar nak ada rumah sendiri